Saturday, 30 July 2011

Kuliah Maghrib Pra Ramadhan

Kuliah Maghrib Dr Zahazan Mohammad



Dr Zahazan Mohammad | Kuliah Maghrib | Pra Ramadhan | Masjid Lama Sg Gulang Gulang |
| 9.88 MB | 26 Sya'ban 1432H | Download mp3 


Friday, 22 July 2011

Kuliah Pra-Ramadhan

Dr. Zahazan Mohamed : Kuliah Maghrib
Ahli kariah dan orang ramai dijemput hadir ke kuliah Magrib Jemputan di Masjid Lama Sg. Gulang Gulang. Pada kali ini  Jawatan Kuasa Masjid Lama telah menjemput tokoh yang dikenali ramai  iaitu Dr Ust Zahazan Mohamed dari UIAM.


Majlis dijangka diadakan pada hari sabtu malam ahad 30 Juai 2011 - Selepas solat maghrib. Marilah kita datang beramai-ramai sebagai pemanas badan - santapan bagi hati sempena kedatangan bulan yang berkat ramadhan al mubarak.

Saturday, 2 July 2011

Ceramah Israk dan Mikraj

Ceramah Israk Mikraj Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz
Admin memohon maaf kerana ada gangguan audio semasa proses rakaman


| Israk Mikraj | Dato' Abu Hassan din Al Hafiz |  Masjid lama Sg Gulang Gulang |
| 2 Jul 2011 | 30 Rejab 1432H | 10.65MB | Download mp3 

Saturday, 25 June 2011

Hebahan Ceramah

Ceramah sempena Israk Mikraj
Ajk Masjid Lama Sg Gulang Gulang telah merancang untuk menganjurkan sambutan Israk dan Mikraj dengan mengundang tokoh agama yang tidak asing iaitu Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz. Majlis dijangka akan dimulakan selepas solat maghrib, sehubungan dengan itu masyarakat sekitar dijemput untuk menghadirinya.


Sunday, 19 June 2011

Surah An Nisa

Kuliah Maghrib : Surah An-Nisa

Ust Murad Osman | Kuliah Maghrib | Tafsir Al Quran : Pimpinan  Ar Rahman |
Mlama SGG | 9.41 MB | 17 Rejab 1432H  | Download mp3 

Friday, 29 April 2011

Jadual Pengajian / Kuliah

Jadual Pengajian di Masjid Lama SgGG


klik pada jadual untuk imej lebih jelas

Sunday, 17 April 2011

A-li Imran (195-200)


|Ust Murad Osman Al Hafiz | A-li Imran (195-200) |9.54MB | 13 J'awal 1432H|
| Masjid Lama Sg Gulang-Gulang |  Download mp3 |

Sunday, 3 April 2011

A-li Imran (181-184)


| Ust Murad Osman | A-li Imran (181-184) | 7.27 MB |
| 29 R'Akhir 1432 | Download mp3 |

Sunday, 20 March 2011

A-li Imran (2:164 - 168)

| Ust Murad Osman | A-li Imran (164 - 168) | 6.29MB |
| Download mp3 | 20 Mac 2011 / 15 Rakhir 1432 | Masjid Lama Sgg |

Monday, 7 March 2011

Sunday, 6 March 2011

Tafsir Surah A-li Imran (2 :149 -153)


Ust Murad Osman AlHafiz | Tafsir A-li Imran ayat 149 - 153 | 7.59MB |
Download mp3 | 6 mac 2011 / 1 R' Akhir 1432 |

Kuliah Suboh : Meningglkan Solat


Imam 3 Tn. Hj. Masri | 70 Dosa Besar | Kuliah Subuh | 4.29MB |
Download mp3 |

Saturday, 5 March 2011

Adab Berbicara


Ust Abdulloh Al Hadromi | Adab Berbicara |
Download mp3 | may1357 produksi |

Riak dalam Ibadat


Ust Kazim Elias | Riak dalam ibadat | 6.68MB |.
Download mp3 | may1357 produksi |

Meninggalkan solat punca kejahatan 1


Ust Kazim Elias | Meninggalkan solat punca kejahatan1 | 6.22 MB |
Download mp3 | may1357 produksi |

Monday, 28 February 2011

Ubat Hati 1 Zuhud Terhadap Dunia


Ust Abdulloh Al Hadromi | Ubat Hati 1 Zuhud Terhadap Dunia |
| download | may1357 produksi |

Saturday, 26 February 2011

Monday, 21 February 2011

Masjid Lama Sg. Gulang Gulang

Masjid lama Sg Gulang Gulang.
Masjid ini terletak antara pekan Tanjong Karang dan Kuala Selangor. Ia menjadi destinasi persinggahan dalam perjalan arah utara dari Kuala Selangor. Kedudukannya yang berhampiran dengan jalan besar Klang Telok Intan memudahkan para musafir untuk singgah menunaikan solat, dan merehatkan badan.

atap masjid telah di baik pulih pada tahu 2010 hasil sumbangan orang ramai
Masjid lama Gulang Gulang sempena namanya terletak di kampong Sungai Gulang Gulang, Mukim Ujung Permatang, Tanjong Karang di dalam Daerah Kuala Selangor. Tidak banyak maklumat yang penulis ketahui berkaitan masjid ini. Sepengetahuan penulis, sejak penulis masih zaman kanak-kanak masjid ini telah tegak berdiri hingga ke hari ini.

tetap tegap dan utuh  walau telah berusia  74 tahun

mimbar lama buatan kayu : sentiasa merindui jejak para khatib 

Sungguhpun masjid ini dibina dari bahan kayu binaannya amat kukuh, menurut pahatan pada rangka masjid masjid ini telah dibina pada tahun 1937M oleh generasi awal yang meneroka Kampung Sg. Gulang Gulang. Kebanyakkan generasi awal  pembina masjid ini telah pun kembali kerahmatullah. Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan generasi pembina masjid inilah marilah sama-sama kita menghadiahkan bacaan Al-Fatehah   semoga roh mereka dicucuri rahmat. Inilah antara lain matlamat pembinaan BLOG ini, mudah-mudahan sumbangan yang sedikit ini dapat membantu mengekalkan sejarah masjid lama Sg Gulang Gulang di kalangan generasi baru.

Blog Masjid Lama Sg. Gulang Gulang

Blog Masjid Lama Gulang Gulang diterbitkan

Bismillah segala puji bagi Allah Rabb seru sekelian alam, selawat dan salam atas junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahhu Alaihi Wasssalam. Alhamdulillah atas keizinanNya blog Masjid Lama Kampong Sungai Gulang Gulang dapat diterbitkan.
Antara lain blog ini dibangunkan bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan generasi terdahulu yang telah membangunkan masjid ini dengan titik peluh mereka mudah-mudahan segala pengorbanan mereka memperoleh redho Allah.
Sejak Kg Sungai Gulang Gulang mendapat sebuah masjid yang baru, masjid lama ini masih tetap berfungsi sebagai tempat menimba ilmu-ilmu agama masyarakat setempat (kecuali solat Jumaat tidak didirikan di masjid lama).