Masjid lama Sg Gulang Gulang.
Masjid ini terletak antara pekan Tanjong Karang dan Kuala Selangor. Ia menjadi destinasi persinggahan dalam perjalan arah utara dari Kuala Selangor. Kedudukannya yang berhampiran dengan jalan besar Klang Telok Intan memudahkan para musafir untuk singgah menunaikan solat, dan merehatkan badan.
atap masjid telah di baik pulih pada tahu 2010 hasil sumbangan orang ramai |
Masjid lama Gulang Gulang sempena namanya terletak di kampong Sungai Gulang Gulang, Mukim Ujung Permatang, Tanjong Karang di dalam Daerah Kuala Selangor. Tidak banyak maklumat yang penulis ketahui berkaitan masjid ini. Sepengetahuan penulis, sejak penulis masih zaman kanak-kanak masjid ini telah tegak berdiri hingga ke hari ini.
tetap tegap dan utuh walau telah berusia 74 tahun |
mimbar lama buatan kayu : sentiasa merindui jejak para khatib |
Sungguhpun masjid ini dibina dari bahan kayu binaannya amat kukuh, menurut pahatan pada rangka masjid masjid ini telah dibina pada tahun 1937M oleh generasi awal yang meneroka Kampung Sg. Gulang Gulang. Kebanyakkan generasi awal pembina masjid ini telah pun kembali kerahmatullah. Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan generasi pembina masjid inilah marilah sama-sama kita menghadiahkan bacaan Al-Fatehah semoga roh mereka dicucuri rahmat. Inilah antara lain matlamat pembinaan BLOG ini, mudah-mudahan sumbangan yang sedikit ini dapat membantu mengekalkan sejarah masjid lama Sg Gulang Gulang di kalangan generasi baru.
No comments:
Post a Comment