Monday, 28 February 2011
Saturday, 26 February 2011
Kuliah Al Hikam Pengenalan
Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri | Al Hikam bhg 1| download |
| may1357 produksi |
| may1357 produksi |
Wednesday, 23 February 2011
Monday, 21 February 2011
Masjid Lama Sg. Gulang Gulang
Masjid lama Sg Gulang Gulang.
Masjid ini terletak antara pekan Tanjong Karang dan Kuala Selangor. Ia menjadi destinasi persinggahan dalam perjalan arah utara dari Kuala Selangor. Kedudukannya yang berhampiran dengan jalan besar Klang Telok Intan memudahkan para musafir untuk singgah menunaikan solat, dan merehatkan badan.
atap masjid telah di baik pulih pada tahu 2010 hasil sumbangan orang ramai |
Masjid lama Gulang Gulang sempena namanya terletak di kampong Sungai Gulang Gulang, Mukim Ujung Permatang, Tanjong Karang di dalam Daerah Kuala Selangor. Tidak banyak maklumat yang penulis ketahui berkaitan masjid ini. Sepengetahuan penulis, sejak penulis masih zaman kanak-kanak masjid ini telah tegak berdiri hingga ke hari ini.
tetap tegap dan utuh walau telah berusia 74 tahun |
mimbar lama buatan kayu : sentiasa merindui jejak para khatib |
Sungguhpun masjid ini dibina dari bahan kayu binaannya amat kukuh, menurut pahatan pada rangka masjid masjid ini telah dibina pada tahun 1937M oleh generasi awal yang meneroka Kampung Sg. Gulang Gulang. Kebanyakkan generasi awal pembina masjid ini telah pun kembali kerahmatullah. Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan generasi pembina masjid inilah marilah sama-sama kita menghadiahkan bacaan Al-Fatehah semoga roh mereka dicucuri rahmat. Inilah antara lain matlamat pembinaan BLOG ini, mudah-mudahan sumbangan yang sedikit ini dapat membantu mengekalkan sejarah masjid lama Sg Gulang Gulang di kalangan generasi baru.
Blog Masjid Lama Sg. Gulang Gulang
Blog Masjid Lama Gulang Gulang diterbitkan
Bismillah segala puji bagi Allah Rabb seru sekelian alam, selawat dan salam atas junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahhu Alaihi Wasssalam. Alhamdulillah atas keizinanNya blog Masjid Lama Kampong Sungai Gulang Gulang dapat diterbitkan.
Antara lain blog ini dibangunkan bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan generasi terdahulu yang telah membangunkan masjid ini dengan titik peluh mereka mudah-mudahan segala pengorbanan mereka memperoleh redho Allah.
Sejak Kg Sungai Gulang Gulang mendapat sebuah masjid yang baru, masjid lama ini masih tetap berfungsi sebagai tempat menimba ilmu-ilmu agama masyarakat setempat (kecuali solat Jumaat tidak didirikan di masjid lama).
Subscribe to:
Posts (Atom)